Thursday, August 25, 2011

(GAMBAR) Majlis Iftar Dynas Bersama Anak-Anak Yatim RKH dan Peminat

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. Jumaat lepas, 19 Ogos 2011, Majlis Iftar Dynas Bersama Anak-Anak Yatim RKH dan Peminat berjalan dgn lancar. Terima kasih kepada pihak pengurusan Rumah Kasih Harmoni, orang kampung, peminat dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak. Dan tak lupa, terima kasih atas segala sumbangan yg diberikan untuk anak-anak yatim RKH. Sumbangan anda amat bermakna buat mereka :')

Jom tengok gambar sekitar majlis. Maaf, lambat update sebab sibuk dgn majlis di Shah Alam. Apa pun, lebih gambar, boleh ke Facebook Dynas Mokhtar.







 

Tak lupa juga, terima kasih kepada Figos Malaysia atas sumbangan barangan sukan untuk mereka. Terima kasih semua! :)


Terima kasih!
Admin : Zue


Info mengenai Figos Malaysia:

Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Puasa Bersama Dynas di Kunzense Bodyline, Shah Alam

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Lagi satu berita baik! Bagi peminat Dynas yg ingin turut serta berbuka puasa di Kunzense Shah Alam, boleh hantarkan nama penuh, no IC dan juga nombor telefon ke alamat email dynasfanmail@gmail.com. Ibu-ibu yang dah lepas bersalin dan ingin melangsingkan badan diutamakan untuk majlis ini :)


Maklumat lanjut - 

Tarikh/Hari : 24 Ogos 2011 / Rabu
Tempat : Kunzense Bodyline Sdn Bhd
No. 27, Jalan Plumbum R7/R,
Pusat Komersial, Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor
Masa : 6.30 petang - 8.30 malam

Kepada yang berminat, boleh emailkan nama penuh, no IC dan no telefon ke dynasfanmail@gmail.com dgn segera ya! Letakkan tajuk email : Berbuka Puasa Bersama Dynas di Kunzense Bodyline, Shah Alam. Tempat terhad. Untuk yg dah sertai di Sg Buloh untuk 19 Ogos ni, beri peluang kepada orang lain ye :)


Terima kasih!
Admin : Zue

Monday, August 15, 2011

(UPDATE) Senarai Nama untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Dynas & Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni - 19 Ogos 2011

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Disertakan senarai nama untuk mereka yg terpilih untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa Bersama Dynas Mokhtar dan Anak-Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni (RKH), tajaan Figos Malaysia


Untuk nama yg tersenarai, sila hadirkan diri pada masa yang telah ditetapkan seperti di bawah.

Tarikh : 19 Ogos 2011
Hari : Jumaat
Masa : 6.30ptg - 8mlm
Tempat : Rumah Kasih Harmoni,
Lot 46, Kg Paya Jaras Dalam, 47000 Sg Buloh

Klik untuk lebih jelas
Anda juga boleh membawa sumbangan untuk diberikan kepada anak-anak yatim RKH seperti beras, gula, tepung, pakaian terpakai yg masih elok atau wang tunai. Sumbangan anda amat kami hargai! Moga mendapat lebih keberkatan di bulan Ramadhan ini. Amin..

Jumpa anda di sana! :)

Terima kasih!
Admin : Zue


Info mengenai Figos Malaysia:

Wednesday, August 10, 2011

(UPDATE) Majlis Berbuka Puasa Bersama Dynas & Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..
 
Untuk pengetahuan semua fans, siapa yg nak join Majlis Berbuka Puasa bersama Dynas dan Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni dan Figos Malaysia, boleh bagi nama secepat mungkin kepada dyansfanmail@gmail.com. Dan tiada bayaran akan dikenakan. Berminat? 
Emailkan nama dan nombor telefon anda sekarang! :)

Tarikh : 19 Ogos 2011
Hari : Jumaat
Masa : 5ptg - 8mlm
Tempat : Rumah Kasih Harmoni, 
Lot 46, Kg Paya Jaras Dalam, 47000 Sg Buloh
Bayaran : RM30 (Bayaran kepada Zuraini bt Hasan - Maybank 1147 2100 6699)  PERCUMA!

Peta ke Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni

Klik untuk lebih jelas

Tempat terhad untuk 30 org pertama ye =)


Terima kasih!
Admin : Zue

Wednesday, August 3, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Dynas & Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Salam Ramadhan buat semua! Nak sertai kami berbuka puasa bersama Dynas Mokhtar dan anak-anak yatim?

Tarikh : 19 Ogos 2011
Hari : Jumaat
Masa : 5ptg - 8mlm
Tempat : Rumah Kasih Harmoni, 
Lot 46, Kg Paya Jaras Dalam, 47000 Sg Buloh
Bayaran : RM30 (Bayaran kepada Zuraini bt Hasan - Maybank 1147 2100 6699)

Majlis ini diadakan dengan kerjasama dari Figos Malaysia. Bayaran yg anda buat tu untuk makanan dan akan disalurkan sedikit untuk anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni.

Bagi yg nak beri sumbangan bahan-bahan mentah seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya, anda boleh menghantar sumbangan ke Rumah Kasih Harmoni dgn menghubungi Pengetua Rumah Kasih Harmoni, Encik Jamal di talian 012-3942783.

Jadi, tunggu apa lagi? Bagi peminat yg nak turut serta, boleh emailkan ke dynasfanmail@gmail.com. Tempat terhad untuk 30 org pertama ye =)

******************************************************************************************************
“Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

******************************************************************************************************
Terima kasih!
Admin : Zue


Info mengenai Figos Malaysia:
Laman web rasmi Figos Malaysia
Facebook Figos Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...