Sunday, January 30, 2011

Contest Mencipta Logo Dynas Fan Club!


Ada berita baik ni!! Nak tahu??

Ok, di sini kami nak buat satu contest utk mereka logo Dynas Fan Club.



Cara-caranya mudah je. Anda hanya perlu merekacipta satu logo utk Dynas Fan Club yg ringkas, cantik dan juga dpt menambat hati Dynas. Ha, macam mane tu?

Syarat-syaratnya:

1) Penyertaan terbuka kepada semua

2) Reka logo dgn perkataan DFC, mewakili Dynas Fan Club (Tak kisah kalau nak guna singkatan atau penuh)


3) Buat satu entry khas utk contest ni dgn tajuk "Contest Mencipta Logo Dynas Fan Club"


4) Copy banner di atas, letakkan di sidebar dan link ke entry ini


5) Setelah siapkan entry dan logo tu, sila letakkan link dlm comment di bawah


6) Tarikh tutup utk menghantar penyertaan adalah pada 30 Januari 2011, 11.59 malam

7) Keputusan adalah muktamad


Untuk yg bukan blogger, jangan risau. Anda masih boleh turut serta. Caranya anda hanya perlu menghantar hasil logo ke emel dynasfanmail@gmail.com. Kepada pemenang nanti, logo yg anda cipta akan digunakan untuk logo rasmi Dynas Fan Club dan hadiahnya adalah.....

jemputan ke Majlis Hi-Tea bersama Dynas dan Fan Club Members

dan

hadiah misteri dari Dynas !

Tunggu apa lagi?? Jom sertai contest ini dan luahkan idea kreatif anda!

Good Luck!


Thanks!

by Admin -Zue-

Monday, January 17, 2011

Message From Dynas!


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat hari Isnin semua! Macam mana hari minggu anda? Berbaloi-baloi tak? Harap-harap semua enjoy ye! ;)

Oh ya. Dynas ada sampaikan pesan kepada semua peminat beliau..

"If they find 5 friends to sign under them to join fan club, they will get it for FREE. No need to pay Rm20 and will get FREE t-shirt as well"

"Kalau anda dapat mengajak 5 rakan anda untuk menyertai fan club melalui anda, anda akan dapat menyertai kelab peminat Dynas secara PERCUMA. Tak perlu bayar RM20 dan akan mendapat t-shirt secara PERCUMA juga"

Cara-caranya :-
1) Di ruangan Nama Penuh pada borang pendaftaran, rakan anda harus meletakkan nama anda dihujung nama mereka.

-Contoh-


2) Emelkan nama kawan-kawan anda yg telah daftar dan bayaran telah dibuat kepada dynasfanmail@gmail.com (Title emel : DFC Recommended)

3) Emelkan juga butiran peribadi anda untuk rekod kami


"For Sabah, Sarawak, Brunei, SIngapore or out of KL, if got 30 people that registered for Fan Club, we will make a trip to go and see them there.."

"Untuk di Sabah, Sarawak, Brunei, SIngapore atau yg luar dari KL, kalau ada lebih 30 orang yg daftar, kami akan buat trip untuk jumpa anda di sana.."

Interesting tak? So, apa lagi! Ajaklah rakan-rakan anda untuk join Dynas Fan Club! We waiting for you for next event with Dynas! have a great day semua!!! ;)

p/s : Jangan Lupa Contest Cipta Logo Dynas Fan Club!


Thanks!

by Admin -Zue-


Sunday, January 9, 2011

Confirmation to be Dynas Fan Club Members

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu!

Terima kasih yang tak terhingga utk sambutan yg menggalakkan dari semua peminat setia Dynas. Tak menang tangan kami membalas emel untuk pengesahan nombor keahlian... :)

Anda dah terima nombor keahlian Dynas Fan Club?

Oh ya. Untuk mendapatkan nombor keahlian dan pengesahan, selepas anda mengisi butiran dlm borang yg disediakan, nombor ahli hanya akan diterima selepas anda membuat bayaran dan menghantar bukti pembayaran kepada dynasfanmail@gmail.com. Ada juga ahli yg membuat bayaran, tapi menghantar emel tanpa memilih saiz t-shirt. Tak mengapa, kami akan hubungi anda nanti. 

Anyway, jangan lupa ajak kawan² sekali ye! Have a great day semua!


Thanks!

by Admin -Zue-

Friday, January 7, 2011

Charity Event Dynas with Anak² Yatim Rumah Amal Kasih Harmoni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!!

Macam mana hari Jumaat anda? Harap semuanya ok! :)

Hari ni nak update sikit utk event yg dah dijalankan utk pertama kali pada 23 Disember 2010 yg lepas. Ini adalah event pertama utk Dynas Fan Club (secara tak rasmi) sb platform yg digunakan utk berhubung dgn peminat agak terhad. Kami nak mohon maaf atas segala miss-communication yg berlaku utk event ni, khususnya utk yg telah terpilih pada awalnya. Apapun, anda boleh mendaftar sebagai ahli dan menyertai aktiviti kami yg seterusnya ya! :)

Kami nak berkongsi sedikit coretan sepanjang event pada hari tu. Teater Musikal Peterpan yg diadakan di Sunway Lagoon bermula seawal jam 5.30 petang, tp disebabkan kesesakan dan hujan lebat petang tu, ramai yang sampai agak lewat, dlm jam 6 petang. Terima kasih pada yg hadir! 
Seramai 100 org anak² yatim dijemput dari Rumah Amal Kasih Harmoni dari Sg Buloh
Peminat bersama Dynas dan anak² yatim




Dynas menyampaikan sedikit sumbangan barang² utk bersekolah utk persediaan mereka melangkah ke alam persekolahan pada Januari ini

Dynas dan Aishah Sinclair bersama semua pelakon Peterpan The Musical
Wakil² dari Rumah Amal Kasih Harmoni. Terima kasih!
Orang kuat di sebalik event ni, Yana dan Intan :)

Antara peminat terpilih yang hadir
Terima kasih utk semua yg menjayakan majlis ni.


Nak sertai aktiviti bersama Dynas? Jom join Dynas Fan Club seperti yg tertera di bawah blog ni. Penyertaan anda amat kami alu-alukan. Aktiviti akan datang adalah Grooming Workshop with Dynas. Untuk ahli yg telah mendaftar dan membuat bayaran, Kami akan terus menghubungi anda setelah masa ditetapkan. Oh ya, RM20 yuran ahli tu adalah seumur hidup dan akan digunakan utk t-shirt FanClub yg anda akan miliki :)




Thanks!


by Admin -Zue-




Thursday, January 6, 2011

Fans Email

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Nampaknya sambutan agak menggalakkan dari peminat-peminat Dynas. Terima kasih yang tak terhingga ye!

Nak update sikit. Sebelum ni kami gunakan email dynasfc@gmail.com. Selepas waktu ini dan seterusnya, email rasmi Dynas Fan Club adalah seperti di bawah.

dynasfanmail@gmail.com


Looking forward for your great response! Jangan lupa ajak kawan-kawan sekali :)


Thanks!!

by Admin -Zue-

Wednesday, January 5, 2011

Welcome to Official Blog for Dynas Fan Club!

Hi Semua!

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang kewujudan blog ni. Blog ni ditubuhkan khas untuk aktiviti yang akan diadakan untuk peminat-peminat bersama Dynas. Sebenarnya, dah lama Dynas nak adakan Fan Club, tapi beliau tak berkesempatan.


Dynas bersama Aishah Sinclair dan Anak-Anak Yatim Rumah Amal Kasih Harmoni

Jadi masa Majlis Amal menonton teater Peterpan The Musical bersama
Anak² Yatim Rumah Amal Kasih Harmoni pada 23 Disember 2010 yg lepas, beliau bersama orang² kuat, Yana dan Intan menyuarakan hasrat untuk menubuhkan kelab peminat Dynas ni secara serius. Atas hasil usaha dan idea mereka yg terlibat, maka Kelab Peminat Dynas pun ditubuhkan. Tarikh rasmi utk majlis hi-tea bersama Dynas akan diumumkan nanti.


Dynas bersama peminat

Okey, buat peminat-peminat setia Dynas yg ingin menyertai aktiviti kelab ini pada masa-masa akan datang, boleh la mendaftarkan diri pada borang yg disediakan di bawah blog. Yuran ahli RM20 itu untuk seumur hidup ye! Dan anda akan mendapat t-shirt rasmi Kelab Peminat Dynas. :)

Sebarang pertanyaan, anda boleh emel kepada Dynasfc@gmail.com

Sehingga berjumpa lagi!

Utk Facebook Official Fan Page, boleh klik sini -----> Dynas Mokhtar Facebook Fan Page

Thanks!!


by Admin -Zue-


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...