Friday, January 7, 2011

Charity Event Dynas with Anak² Yatim Rumah Amal Kasih Harmoni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!!

Macam mana hari Jumaat anda? Harap semuanya ok! :)

Hari ni nak update sikit utk event yg dah dijalankan utk pertama kali pada 23 Disember 2010 yg lepas. Ini adalah event pertama utk Dynas Fan Club (secara tak rasmi) sb platform yg digunakan utk berhubung dgn peminat agak terhad. Kami nak mohon maaf atas segala miss-communication yg berlaku utk event ni, khususnya utk yg telah terpilih pada awalnya. Apapun, anda boleh mendaftar sebagai ahli dan menyertai aktiviti kami yg seterusnya ya! :)

Kami nak berkongsi sedikit coretan sepanjang event pada hari tu. Teater Musikal Peterpan yg diadakan di Sunway Lagoon bermula seawal jam 5.30 petang, tp disebabkan kesesakan dan hujan lebat petang tu, ramai yang sampai agak lewat, dlm jam 6 petang. Terima kasih pada yg hadir! 
Seramai 100 org anak² yatim dijemput dari Rumah Amal Kasih Harmoni dari Sg Buloh
Peminat bersama Dynas dan anak² yatim




Dynas menyampaikan sedikit sumbangan barang² utk bersekolah utk persediaan mereka melangkah ke alam persekolahan pada Januari ini

Dynas dan Aishah Sinclair bersama semua pelakon Peterpan The Musical
Wakil² dari Rumah Amal Kasih Harmoni. Terima kasih!
Orang kuat di sebalik event ni, Yana dan Intan :)

Antara peminat terpilih yang hadir
Terima kasih utk semua yg menjayakan majlis ni.


Nak sertai aktiviti bersama Dynas? Jom join Dynas Fan Club seperti yg tertera di bawah blog ni. Penyertaan anda amat kami alu-alukan. Aktiviti akan datang adalah Grooming Workshop with Dynas. Untuk ahli yg telah mendaftar dan membuat bayaran, Kami akan terus menghubungi anda setelah masa ditetapkan. Oh ya, RM20 yuran ahli tu adalah seumur hidup dan akan digunakan utk t-shirt FanClub yg anda akan miliki :)




Thanks!


by Admin -Zue-




2 comments:

Anonymous said...

wish i was there =(

Dynas Fan Club said...

MUNNYRA AZMIE :
hi munyyra. Since u dah register as fan club member, next time we will invite you for any event with Dynas ok? :)

Thanks
Admin -Zue-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...